.

Tuesday 19 April 2016

MAJLIS PERLANTIKAN AJK ASRAMA 2016

Pada 18.4.2016, isnin SMKSR telah mengadakan Majlis perlantikan badan pengawas,pengawas perpustakaan,pengawas kesihatan,dan ajk asrama. Julung-julung kalinya, ajk asrama dilibatkan bersama..syukur saya selaku warden. Setiap ajk pelajar asrama mempunyai peranan dan dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.Semoga semua ajk asrama dapat memimpin rakan-rakan asrama yang lain dengan baik.











Wednesday 13 April 2016

AKTIVITI CERAPAN LANGIT MALAM 2016

Jam 3.00 petang hingga 11.00 malam ,kami warga ASRAMADESA telah menjalani Program cerapan Langit Malam di Balai Cerap Al-Khawarizmi,Tanjung Bidara. Banyak ilmu dan maklumat yang kami perolehi.Ayat paling tersemat dihati setiap pelajar ialah Berapakah jumlah bintang-bintang yang ada di muka bumi ini? Jawapannya ialah sebanyak pasir di lautan.










Saturday 9 April 2016

BAJU BATIK ASRAMA DESA

Pada 1Mac 2016, baju rasmi Asramadesa telah dapat di pakai oleh semua pelajar. Setelah 4 tahun pelajar menunggu akhirnya tercapai jua hasrat kami.



PROGRAM SEHARI DI SEKITAR MELAKA

Pada 24 Mac 2016 yang lalu, kami berjalan-jalan sekitar Negeri Melaka menikmati panorama yang indah dan tempat-tempat yang sering orang lain lawati.Program ini bertujuan menjadikan pelajar asramadesa smksr lebih akrab dengan rakan-rakan  yang lain. Selain itu, kami juga meluangkan masa bersama dengan menonton wayang filem bertajuk " MUNAFIK". Filem ini kami bagi 5 bintang.




Thursday 7 April 2016

AKTIVITI MAKAN BERSAMA PENTADBIR

Alhamdulillah..rezeki kami warga Asramadesa mendapat hadiah saguhati sebanyak 10 ekor ayam. Oleh itu, saya mengambil inisiatif meminta jasa baik kepada pihak dewan makan asrama untuk memasak ayam-ayam tersebut sebagai jamuan makan. Oleh itu, saya selaku warden menjemput Pentadbir dan ajk guru bahagian asrama.




PROGRAM BIJAK SIFIR

Program ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar meningkatkan prestasi mengingat sifir matematik. Program ini disampaikan oleh En. Rahim.



AKTIVITI RIADAH ASRAMADESA

Setiap hujung minggu waktu tidak.pulang ke kampung,semua pelajar asramadesa melakukan aktiviti riadah bersama rakan-rakan. Aktiviti ini bertujuan supaya badan dan minda pelajar menjadi lebih sihat serta cerdas. Antara aktiviti dilakukan ialah senamerobik, bola tampar, poco -poco dan bola jaring.






PROGRAM SOLAT MAGHRIB, ISYAK DAN QIAMULAIL 2016

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tahun ke2 saya memegang jawatan sebagai warden Asramadesa Smksr. Dua tahun inilah program yang wajib saya jalankan sewaktu pelajar asramadesa tidak pulang ke rumah. Dengan kerjasama pelajar dari Maahad Tahfiz Al-Muhtadin yang menjadi imam kepada pelajar-pelajar asramadesa.Semoga Allah bantu anak-anak didik saya menjadi insan yang berguna bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat jua!

MALAM SUNGAI RAMBAI BERSELAWAT 2016 ( 3 MAC 2016 )

Semua pelajar asramadesa dan warden menghadiri ceramah perdana oleh  YBHG DATO' Ustaz Najmudin Elias bertajuk " KEHIDUPAN" sempena malam sungai rambai berselawat. Alhamdulillah, banyak ilmu dan maklumat yang dapat diaplikasikan oleh semua  pelajar bagi menjalani kehidupan di muka bumi Allah.