.

Sunday 29 May 2016

JEMPUTAN KHAS JMG

Pada hari ini,kami asramadesa dijemput khas oleh pihak JMG MOTIVATION,Ustaz muhd fadly Samin sempena perasmian album kedua beliau dan seminar motivasi musical. kami.Asramadesa mengucapkan TAHNIAH kepada Ustaz muhd Fadly Samin atas pencapaian JMG.





PERASMIAN BILIK KOMPUTER ASRAMADESA

Alhamdulillah pada 16.5.2016 yang lalu, saya selaku warden asramadesa dapat mewujudkan bilik.komputer Asramadesa yang dinamakan oleh anak-anak asrama saya iaitu "Accompaniment" bermaksud sesuatu alat yang dapat digunakan bersama.Antara perasmi yang dijemput ialah Ydp Pibg Smksr,Pengetua dan Tim.pengarah Ppd PPD Jasin. Semoga dengan adanya bilik ini dapat memudahkan anak-anak asrama saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru-guru.





SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT ASRAMA 2016

Alhamdulillah, pada 16 Mei 2016 yang lalu, saya selaku warden Asramadesa SMKSR telah menganjurkan sambutan hari guru 2016 peringkat Asrama. Bersyukur saya pada kali ini,sambutan meriah sekali dari pihak ajk guru-guru asrama,pengetua,barisan para pentadbir dan YDP PIBG SMKSR.Yang paling tak disangka ialah timbalan pengarah PPD Jasin , En. Abd.Malik turut menghadirkan diri ke majlis kecil kami.Semua pelajar asramadwsa sangat gembira pada malam tersebut.











Friday 13 May 2016

PROGRAM JMG KALI KE2

Pada 24.42016, Program JMG kali ke2 berlangsung. Pada kali ini Ustaz Mohd Fadhly Samin membawa Tajuk " Strategi Belajar Cemerlang".Alhamdulillah... semoga pelajar asramadesa mendapat banyak input ilmu yang sangat membantu dan bermanfaat untuk menjadi pelajar cemerlang dunia dan.akhirat. Aamin ya rabbal alamin.